PUSAT SUMBER PENGGERAK GENERASI ICT MENJADIKAN ASAS SAINS KOMPUTER SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI 2050

Rabu, 31 Mei 2017

Visi Dan Misi ICT

VISI


Menjadi sumber akademik yang unggul berasaskan teknologi maklumat bagi melahirkan insan yang berdaya saing dan global


MISI ICT SEKOLAH

v  Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman

v  Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa hadapan

v  Memberi peluang kepada guru menggunakan kemudahan ICT secara optimum kea rah pembestarian sekolah



SMK TUN HAJI ABDUL MALEK



Isnin, 29 Mei 2017

Matlamat Dan Objektif PSS

MATLAMAT PUSAT SUMBER

v  Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah

v  Membentuk satu profesion perguruan yang positif

v  Membentuk pelajar yang berilmu
             




OBJEKTIF PUSAT SUMBER

v  Mewujudkan kemerlangan pendidikan di SMKTHAM

v  Menggalakkan  penggunaan kemudahan PSS

v  Pemupukan tabiat belajar pelajar SMKTHAM

v  Penghasilan bahan untuk PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

v  Memperolehi kemahiran maklumat di kalangan warga STHAM



Visi Misi PSS

VISI



Mewujudkan warga STHAM yang berilmu dan berbakti dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi.



             

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

v  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi

v  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti

v  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi

v  Insan yang berinformasi

v  Mencanai minda yang bestari

v  Membentuk warga Seri yang berkualiti


Pengenalan PSS

PENGENALAN

           Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan secara sistematik. PSS SMK TUN HAJI ABDUL MALEK berusaha menyediakan maklumat dan perkhidmatan serta peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penubuhannya adalah bertujuan ke arah pembentukan masyarakat sekolah yang berbudaya maju, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber SMKTHAM telah dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan keperluan sekolah. Ia juga dibina  atas kesedaran bahawa perlunya sebuah tempat untuk pelajar dan guru mendapat pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada bilik-bilik khas persekitaran sekolah juga merupakan sumber informasi kepada warga sekolah. Pondok-pondok bacaan, Teratak Bonda dan Astaka juga disediakan untuk pelajar dan guru membaca sambil bersantai. Papan-papan kenyataan berilmu juga diwujudkan di sekitar kawasan sekolah terutama tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelajar seperti di Edu Café, Bilik Kaunseling, Laluan-laluan Ilmu, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Khas dan persekitaran sekolah. Ini menunjukkan bahawa Pusat Sumber SMK Tun Haji Abdul Malek berada di mana-mana di persekitaran sekolah  dan pelajar serta guru boleh menggunakannya  untuk menimba ilmu dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau informal

ORGANISASI PENTADBIRAN SMKTHAM


Ahad, 21 Mei 2017

Khamis, 4 Mei 2017

LEBIH LANJUT MENGENAI TRASFORMASI 2050

“KITA PERLU BERSEDIA MENGHADAPI TEMPOH 30 TAHUN AKAN DATANG.DUNIA AKAN JAUH LEBIH BERBEZA DARI SEKARANG DALAM TAHUN 2050.”

                            
                                Semoga anda lebih faham erti sebenar TN50

Transformasi 2050

Related image
TRANSFORMASI 2050
TN50 atau lebih dikenali sebagai Transformasi Nasional 2050 merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.
TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’,siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.


Apa itu transformasi Nasional 2050 atau TN50?

Semasa pembentangan belanjawan 2017 oleh Dato` Seri Najib Perdana Menteri Malaysia ada menyatakan bahawa Malaysia perlu ada satu gagasan baru bagi menyambung Wawasan 2020 yang tinggal 3 tahun lagi.

Oleh itu TN50 perlu diadakan bagi meneruskan transformasi negara ke arah negara maju dengan aspirasi dan penglibatan rakyat sendiri. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diberi tanggungjawab untuk menggerakkan TN50 kepada seluruh Malaysia dan menghasil Blueprint pada tahun 2020.

Sebelum saya menghuraikan TN50, mari kita lihat Wawasan 2020. Adakah anda ingat Wawasan 2020? Pasti anda sudah lupakan. Wawasan 2020 telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.

Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik, iaitu:
1.             Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2.             Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3.             Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4.             Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5.             Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.             Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7.             Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.             Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9.             Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


TN 50 dengan kata mudah adalah platform berdasarkan "bottom-up approach"  bagi rakyat Malaysia menyampaikan aspirasi atau memberi input dalam menyediakan BLUEPRINT untuk melihat bagaimana Malaysia pada tahun 2050. Aspirasi itu mestilah berlandaskan MASYARAKAT, ALAM SEKITAR, EKONOMI, TEKNOLOGI DAN URUSTADBIR. Aspirasi itu boleh jadi cadangan kepada jalan penyelesaian kepada masalah atau cabaran.

Rabu, 3 Mei 2017

Pengerak Generasi ICT

PENGENALAN 


SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT



Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan melalui membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVACI yang direka bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekat 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan mempunyai pelbagai fungsi. Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum manakala generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI) 





DEFINISI ICT







Selasa, 2 Mei 2017

Pengenalan Asas Sains Komputer

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan mulai tahun 2017 secara berperingkat bermula dengan Tingkatan 1. Melalui KSSM, salah satu mata pelajaran baharu yang diperkenalkan ialah Asas Sains Komputer (ASK) yang diajar kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah yang telah dilaksanakan mulai tahun 2007.


 OBJEKTIF