|
TRANSFORMASI 2050 |
TN50 atau lebih dikenali sebagai Transformasi Nasional 2050 merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.
TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’,siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.
Apa itu transformasi Nasional 2050 atau TN50?
Semasa pembentangan belanjawan 2017 oleh Dato` Seri Najib Perdana
Menteri Malaysia ada menyatakan bahawa Malaysia perlu ada satu gagasan baru
bagi menyambung Wawasan 2020 yang tinggal 3 tahun lagi.
Oleh itu TN50 perlu diadakan bagi meneruskan transformasi negara ke arah
negara maju dengan aspirasi dan penglibatan rakyat sendiri. Kementerian Belia
dan Sukan (KBS) diberi tanggungjawab untuk menggerakkan TN50 kepada seluruh
Malaysia dan menghasil Blueprint pada tahun 2020.
Sebelum saya menghuraikan TN50, mari kita lihat Wawasan 2020. Adakah
anda ingat Wawasan 2020? Pasti anda sudah lupakan. Wawasan 2020 telah diperkenalkan
dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan
sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan
mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun
2020.
Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan
cabaran strategik, iaitu:
1.
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya
secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
2.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,
dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan
apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh
rakyat negara lain.
3.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
4.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai
etika paling tinggi.
5.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka
dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai
daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan.
7.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem
sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan
kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di
sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan
masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi.
9.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental.
TN 50 dengan kata
mudah adalah platform berdasarkan "bottom-up approach" bagi rakyat
Malaysia menyampaikan aspirasi atau memberi input dalam menyediakan BLUEPRINT untuk
melihat bagaimana Malaysia pada tahun 2050. Aspirasi itu mestilah
berlandaskan MASYARAKAT, ALAM SEKITAR, EKONOMI, TEKNOLOGI DAN
URUSTADBIR. Aspirasi itu boleh jadi cadangan kepada jalan penyelesaian
kepada masalah atau cabaran.