PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan
sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan secara sistematik.
PSS SMK TUN HAJI ABDUL MALEK berusaha menyediakan maklumat dan perkhidmatan
serta peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan
kemahiran asas serta kemahiran maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penubuhannya adalah bertujuan ke arah pembentukan masyarakat
sekolah yang berbudaya maju, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang
hayat. Pusat Sumber
SMKTHAM telah dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan
keperluan sekolah. Ia juga dibina atas
kesedaran bahawa perlunya sebuah tempat untuk pelajar dan guru mendapat
pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Selain
daripada bilik-bilik khas persekitaran sekolah juga merupakan sumber informasi
kepada warga sekolah. Pondok-pondok bacaan, Teratak Bonda dan Astaka juga
disediakan untuk pelajar dan guru membaca sambil bersantai. Papan-papan
kenyataan berilmu juga diwujudkan di sekitar kawasan sekolah terutama
tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelajar seperti di Edu Café, Bilik
Kaunseling, Laluan-laluan Ilmu, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Khas dan
persekitaran sekolah. Ini menunjukkan bahawa Pusat Sumber SMK Tun Haji Abdul Malek berada di mana-mana di persekitaran sekolah dan pelajar
serta guru boleh menggunakannya untuk
menimba ilmu dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal
atau informal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan