APAKAH HASRAT PERLAKSANANN TN50?
1.Menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial,
dan inovasi.
KENAPA PERLUNYA TN50?
1.Malaysia memerlukan sebuah ‘roadmap’ atau perancangan yang betul-betul jelas
tentang apa yang kita perlu bangunkan dari aspek ekonomi, sosial, budaya,
pendidikan, kenegaraan dan segala perkara yang berkaitan dengan pembinaan
sebuah negara maju.
2.Jika dahulu Wawasan 2020 tanpa gambaran yang jelas apa yang akan berlaku pada
tahun 2020, tetapi TN50 kita bina dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang
perlu kita miliki dan buat pada tahun 2050.
3.Tanpa TN50, apa yang Dato Seri Najib laksanakan hari ini, dari segi
pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, sosial, sukan, belia dan semua
yang ditransformasikan seperti tiada aras tuju.
4Saya boleh simpulkan TN50 adalah sebagai matlamat yang kita ingin capai.
Setiap gerak kerja kita hari ini adalah penanda aras, boleh atau tidak kita
menuju ke 2050 dengan jayanya.
TN50 KESINAMBUNGAN WAWASAN 2020.
1.Wawasan 2020 tidak sepenuhnya gagal. Ia memberi kita pelajaran paling
berharga, untuk belajar merencana sesuatu dengan lebih kemas, jelas dan
teratur. Lagipun pada waktu Wawasan 2020 digubal, penglibatan rakyat rakyat
sangat minimum.
2.Dengan kata lain, Wawasan 2020 ini adalah umpama harapan pemimpin. Digubal
hanya oleh pemimpin. Tetapi TN50 adalah harapan rakyat. Digubal dan disuarakan
oleh rakyat terbawah sehinggalah kepada pemimpin di atas.
3. Namun hakikatnya, Wawasan 2020 juga telah menjadi tapak untuk kita bergerak
dengan lebih laju ke arah 2050.
BAGAIMANA PERLAKSANAAN TN50
1.Sekarang ini adalah fasa untuk rakyat beri pandangan dan maklumat. Beri cadangan
apa yang diperlukan oleh negara. Dato Seri Najib mahu maklumat yang dikumpul
dari akar umbi dan dibawa keatas untul digubal menjadi dasar dan polisi.
2Kerajaan mahu TN50 ini lahir dari buah fikir rakyat sendiri kerana ini bukan
lagi zaman kerajaan tahu semuanya. Ini adalah zaman kita memberi ruang untuk
siapa pun kemuka pandangan demi manfaat negara.
3.TN50 akan dilaksanakan selepas tahun 2020. Pada waktu permulaan perlaksanaan,
kita sudah mempunyai kerangka polisi dan ‘roadmap’ yang jelas serta melibatkan
setiap lapis masayarakat tanpa ada yang terkecuali.
SIAPA YANG HARUS TERLIBAT?
1.Tidak ada siapa pun yang akan terkecuali sekalipun YB kj generasi yang sudah
berusia 40 tahun ke atas, mungkin tak sempat nak lihat 2050, tapi semua tetap
kena beri sumbangan ke arah 2050.
2.Pastinya keutamaan kita beri kepada generasi Y dan generasi Z untuk menjadi
teras kepada pembangunan pelan TN50. Mereka generasi Y ( yang berusia 23 – 41
tahun sekarang ) dan generasi Z ( 7 tahun hingga 22 tahun sekarang ) adalah
generasi utama yang akan menentukan adakah 2050 ini berjaya.
3.Kita harus memikirkan apakah yang seharusnya kita lakukan agar generasi masa
depan ini hiduo di sebuah negara yang lebih baik dari apa yang kita lalui hari
ini.
4.Saya menyeru untuk generasi belia hari ini, agar turun dan beri sumbangan
idea, pandangan, buah fikiran. Negara yang macam mana yang anda mahu dan apa
yang anda boleh sumbangkan pada negara.
5. Sumbangan generasi muda ini adalah penentu kekuatan negara. John F Kennedy
pernah kata “ Jangan tanya apa yang negara beri padamu, tapi tanyakan apa yang
kamu telah berikan kepada negara ini “
CABARAN MENGHARUNGI TN50
1.Dalam mana-mana negara, cabaran yang terbesar untuk mereka maju adalah untuk
membentuk ‘minda masyarakat.’
2.Minda kelas pertama. Minda yang dimiliki oleh rakyat negara maju. Kita masih
jauh. ‘Civic minded’ atau kesedaran sivik kita masih rendah.
3.Contoh, pemikiran kita masih belum benar-benar bebas dan terbuka. Kita masih
terlau bergantung kepada kerajaan. Kita masih suka menyalahkan orang lain bila
sesuatu masalah timbul. Kita tidak matang apabila berdepan dengan krisis. Kita
tidak cukup berdikari.
4.Saya tidak kata kerajaan perlu lepas tangan , cuma di kebanyakan negara maju,
rakyatnya berdikari dan kadar kebergantungan kepada kerajaan dan pihak ketiga
sangat rendah.
5. negara yang memiliki rakyat yang berdikari ini sahaja yang boleh
meningkatkan lagi keupayaan sesebuah negara untuk lebih maju dan produktif.
PERUBAHAN YANG PERLU UNTUK TN50
1.Pertama adalah Pendidikan. Ini adalah faktor yang membina asas sesebuah
negara. Kerajaan sudah mula membentuk polisi dan pendekatan yang baru agar
pendidikan kita lebih terbuka dan mampu melahirkan generasi yang berfikir.
2.Kita sedang dalam proses mengurangkan kebergantungan penilaian hanya kepada
pencapaian akademik semata-mata. Malahan pendekatan “pembelajaran Kelas Abad
21” oleh kementerian pelajaran adalah bertujuan bagi memastikan setiap potensi
pelajar dicungkil dalam pelbagai aspek.
3.Dengan hanya cara yang sedemikian, kita akan mendapat modal insan yang yang
bernilai untuk membangunkan negara.
4.Apabila fokus akademik kita kendurkan, tidak bermakna kita tidak akan
melahirkan cerdik pandai. Sebaliknya kita akan melahirkan pelajar yang lengkap
secara menyeluruh baik secara intelek, rohani , jati diri dan lebih utama
potensi mereka untuk mengembangkan bakat dan kerjaya yang mereka minati. Negara
juga akan dapat manfaatnya
5.Kita akan berjaya mengatasi masalah keciciran pendidikan.
6. Kedua adalah anjakan minda dan sikap. Masalah rakyat Malaysia ini satu .
Mereka ada kesedaran tetapi mereka tidak ada kecelikan terhadap sesuatu perkara
7.Contoh mereka tahu pendidkan penting untuk anak-anak, tetapi mereka tidak
benar-benar celik, bagaimana dengan pendidikan anak-anak ini boleh membina masa
depan.
8.Contoh lain, kita tahu dan sedar perpaduan penting untuk keharmonian negara ,
tetapi kebanyakan kita tidak celik, bagaimana untuk bertindak matang menjaga
perpaduan yang kita ada.
9.Itu yang saya kata, kita sedar tapi kita tidak celik. Menjelang 2050, rakyat
bukan sahaja perlu sedar malah rakyat perlu celik. Bijak dan jelas dengan apa
yang kita perlu buat dan bukan ikut nafsu.