PUSAT SUMBER PENGGERAK GENERASI ICT MENJADIKAN ASAS SAINS KOMPUTER SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI 2050

Rabu, 5 Julai 2017

TN50 Mengapa ?? Cabaran ?? Tindakan ??

APAKAH HASRAT PERLAKSANANN TN50?

1.Menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial, dan inovasi.

KENAPA PERLUNYA TN50?

1.Malaysia memerlukan sebuah ‘roadmap’ atau perancangan yang betul-betul jelas tentang apa yang kita perlu bangunkan dari aspek ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kenegaraan dan segala perkara yang berkaitan dengan pembinaan sebuah negara maju.

2.Jika dahulu Wawasan 2020 tanpa gambaran yang jelas apa yang akan berlaku pada tahun 2020, tetapi TN50 kita bina dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang perlu kita miliki dan buat pada tahun 2050.

3.Tanpa TN50, apa yang Dato Seri Najib laksanakan hari ini, dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, sosial, sukan, belia dan semua yang ditransformasikan seperti tiada aras tuju.

4Saya boleh simpulkan TN50 adalah sebagai matlamat yang kita ingin capai. Setiap gerak kerja kita hari ini adalah penanda aras, boleh atau tidak kita menuju ke 2050 dengan jayanya.


TN50 KESINAMBUNGAN WAWASAN 2020.

1.Wawasan 2020 tidak sepenuhnya gagal. Ia memberi kita pelajaran paling berharga, untuk belajar merencana sesuatu dengan lebih kemas, jelas dan teratur. Lagipun pada waktu Wawasan 2020 digubal, penglibatan rakyat rakyat sangat minimum.

2.Dengan kata lain, Wawasan 2020 ini adalah umpama harapan pemimpin. Digubal hanya oleh pemimpin. Tetapi TN50 adalah harapan rakyat. Digubal dan disuarakan oleh rakyat terbawah sehinggalah kepada pemimpin di atas.

3. Namun hakikatnya, Wawasan 2020 juga telah menjadi tapak untuk kita bergerak dengan lebih laju ke arah 2050.


BAGAIMANA PERLAKSANAAN TN50


1.Sekarang ini adalah fasa untuk rakyat beri pandangan dan maklumat. Beri cadangan apa yang diperlukan oleh negara. Dato Seri Najib mahu maklumat yang dikumpul dari akar umbi dan dibawa keatas untul digubal menjadi dasar dan polisi.

2Kerajaan mahu TN50 ini lahir dari buah fikir rakyat sendiri kerana ini bukan lagi zaman kerajaan tahu semuanya. Ini adalah zaman kita memberi ruang untuk siapa pun kemuka pandangan demi manfaat negara.

3.TN50 akan dilaksanakan selepas tahun 2020. Pada waktu permulaan perlaksanaan, kita sudah mempunyai kerangka polisi dan ‘roadmap’ yang jelas serta melibatkan setiap lapis masayarakat tanpa ada yang terkecuali.


SIAPA YANG HARUS TERLIBAT?

1.Tidak ada siapa pun yang akan terkecuali sekalipun YB kj generasi yang sudah berusia 40 tahun ke atas, mungkin tak sempat nak lihat 2050, tapi semua tetap kena beri sumbangan ke arah 2050.

2.Pastinya keutamaan kita beri kepada generasi Y dan generasi Z untuk menjadi teras kepada pembangunan pelan TN50. Mereka generasi Y ( yang berusia 23 – 41 tahun sekarang ) dan generasi Z ( 7 tahun hingga 22 tahun sekarang ) adalah generasi utama yang akan menentukan adakah 2050 ini berjaya.

3.Kita harus memikirkan apakah yang seharusnya kita lakukan agar generasi masa depan ini hiduo di sebuah negara yang lebih baik dari apa yang kita lalui hari ini.

4.Saya menyeru untuk generasi belia hari ini, agar turun dan beri sumbangan idea, pandangan, buah fikiran. Negara yang macam mana yang anda mahu dan apa yang anda boleh sumbangkan pada negara.

5. Sumbangan generasi muda ini adalah penentu kekuatan negara. John F Kennedy pernah kata “ Jangan tanya apa yang negara beri padamu, tapi tanyakan apa yang kamu telah berikan kepada negara ini “


CABARAN MENGHARUNGI TN50

1.Dalam mana-mana negara, cabaran yang terbesar untuk mereka maju adalah untuk membentuk ‘minda masyarakat.’

2.Minda kelas pertama. Minda yang dimiliki oleh rakyat negara maju. Kita masih jauh. ‘Civic minded’ atau kesedaran sivik kita masih rendah.

3.Contoh, pemikiran kita masih belum benar-benar bebas dan terbuka. Kita masih terlau bergantung kepada kerajaan. Kita masih suka menyalahkan orang lain bila sesuatu masalah timbul. Kita tidak matang apabila berdepan dengan krisis. Kita tidak cukup berdikari.

4.Saya tidak kata kerajaan perlu lepas tangan , cuma di kebanyakan negara maju, rakyatnya berdikari dan kadar kebergantungan kepada kerajaan dan pihak ketiga sangat rendah.

5. negara yang memiliki rakyat yang berdikari ini sahaja yang boleh meningkatkan lagi keupayaan sesebuah negara untuk lebih maju dan produktif.


PERUBAHAN YANG PERLU UNTUK TN50

1.Pertama adalah Pendidikan. Ini adalah faktor yang membina asas sesebuah negara. Kerajaan sudah mula membentuk polisi dan pendekatan yang baru agar pendidikan kita lebih terbuka dan mampu melahirkan generasi yang berfikir.

2.Kita sedang dalam proses mengurangkan kebergantungan penilaian hanya kepada pencapaian akademik semata-mata. Malahan pendekatan “pembelajaran Kelas Abad 21” oleh kementerian pelajaran adalah bertujuan bagi memastikan setiap potensi pelajar dicungkil dalam pelbagai aspek.

3.Dengan hanya cara yang sedemikian, kita akan mendapat modal insan yang yang bernilai untuk membangunkan negara.

4.Apabila fokus akademik kita kendurkan, tidak bermakna kita tidak akan melahirkan cerdik pandai. Sebaliknya kita akan melahirkan pelajar yang lengkap secara menyeluruh baik secara intelek, rohani , jati diri dan lebih utama potensi mereka untuk mengembangkan bakat dan kerjaya yang mereka minati. Negara juga akan dapat manfaatnya

5.Kita akan berjaya mengatasi masalah keciciran pendidikan.

6. Kedua adalah anjakan minda dan sikap. Masalah rakyat Malaysia ini satu . Mereka ada kesedaran tetapi mereka tidak ada kecelikan terhadap sesuatu perkara

7.Contoh mereka tahu pendidkan penting untuk anak-anak, tetapi mereka tidak benar-benar celik, bagaimana dengan pendidikan anak-anak ini boleh membina masa depan.

8.Contoh lain, kita tahu dan sedar perpaduan penting untuk keharmonian negara , tetapi kebanyakan kita tidak celik, bagaimana untuk bertindak matang menjaga perpaduan yang kita ada.

9.Itu yang saya kata, kita sedar tapi kita tidak celik. Menjelang 2050, rakyat bukan sahaja perlu sedar malah rakyat perlu celik. Bijak dan jelas dengan apa yang kita perlu buat dan bukan ikut nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan